Saturday, 10 November 2012

Pelaburan Emas #6

Perkongsian entry emas kali ni nak bgtau fakta menarik dan menakutkan mengenai harga emas. Lihat artikel akhbar utk 3 thn di bawah.



Mereka-mereka yang belum berkahwin..kena fikir dan bertindak segera..nanti nak bagi hantaran apa kalu tak disertakan dengan emas..sekurang2nya sebentuk cincin..harga sure makin meningkat..sementara harga masih di bawah, jom beli.

Emas yang dijual dalam bentuk 'gold bar', pelbagai saiz mengikut berat..harga fluctuate mengikut harga semasa. Emas yang dibeli boleh ditempa (dijadikan perhiasan) dengan upah yang minima. Nak tau lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh email esiananasri@gmail.com ..insyaAllah mematuhi syariat dan hukum jual beli Islam. .wassalam..



Friday, 9 November 2012

Emas vs Batu

Peribahasa Melayu kata..Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..maksudnya Walau bagaimanapun kelebihan di negeri/negara orang, tetap negeri/negara sendiri lebih baik lagi...

So, entry kali ni nak kongsi satu info yang sangat perlu diketahui oleh kita sbg rakyat Malaysia. Sedang aku godek2 satu blog baru..tiba2 terjumpa satu blog warga Indonesia. Click2 terjumpa satu artikel perbandingan Petronas dengan syarikat minyak mereka. Fakta tu dah lama..tapi kalau lama pun, kita tak tahu, kira baru la jugak kan..dan fakta akan tetap jadi fakta tanpa time-frame.


Tulisan blog tu berdasarkan buku "Migas dan Energi di Indonesia", 2009 yang ditulis oleh Prof. Widjajono Partowidagdo. Wallahulam siapa penulis tu..nak kena gugel cari baru tau siapa dia..buat masa ni belum berkesempatan, just nak share tulisan dia je dulu.


Penulis buku ni membuat perbandingan antara Pertamina dan Petronas. Pertamina adalah sebuah syarikat seperti juga Petronas di Malaysia, dinaungi kerajaan. Pertamina hasil gabungan dua syarikat pada tahun 1968 (Pertamin dan Permina). Sehingga tahun 2001, tiada perkembangan yang memberangsangkan bagi Pertamina. Pada tahun 2001 penstrukturan semula dilakukan bertujuan menaikkan prestasi Pertamina. 



Petronas pula wujud pada tahun 1973, terkemudian daripada Pertamina. Dikatakan Petronas belajar dari Pertamina bagaimana untuk mengurus sumber bumi ini. Selang lebih 30 tahun, kajian oleh PIW (Petroleum Intelligent Weekly) pada tahun 2006, Pertonas di kedudukan 18 dan 2007 di kedudukan 17 (sekarang kena goggle kedudukan berapa). Sedangkan Pertamina di kedudukan ke 30, untuk kedua2 tahun.




Antara sebab (hasil kajian):
1.  Malaysia menggunakan hasil minyaknya untuk pendidikan dan mengembangkan kemampuan kerajaan. Sedangkan Indonesia menggunakannya untuk subsidi, membayar hutang dan korupsi.
2. Birokrat Indonesia dikatakan tidak boleh berkerja dalam kumpulan, bersikap ego.
3. Subsidi terlalu tinggi diberikan oleh pemerintah Indonesia terhadap minyak.
4. Budaya penswastaan di Malaysia lebih berjaya (GLC)
5. Pemimpin tardahulu Indonesia tidak suka dikritik. Korupsi terlalu menular dan mendorong kepada persaingan yang tidak sihat dan tidak efisien.
6. Pertonas hanya bertanggungjawab kepad PM, tetapi Pertamina (dahulu) ditadbir oleh 5 menteri, menyebabkan keputusan yang diambil tidak selaras dan 'berbelit-belit' (word dari blog tu).

Apa yang aku nak highlight kat sini..kita selalu nampak kelebihan orang berbanding kita..tapi sebenarnya apa yang kita ada tu adalah lebih berharga..dan pemimpin kita telah berjaya, untuk membangunkan negara. Wallahualam..


Wednesday, 31 October 2012

Pelaburan Emas #5

Pada tahun 1980-an, Engineer bergaji RM800. Sekarang, 2012 Engineer bergaji RM3000. Persoalan nya.. Apa yg engineer tahun 1980 dpt beli compare dgn engineer sekarang?

Adakah engineer sekarang mampu membeli banglo dan berkereta mewah dengan gaji RM3000? sudah pasti tidak :) … Sebab harga barang makin naik due to inflasi.

Engineer 1980 dpt beli rumah Semi-D, kereta biasa dgn gaji RM800 masa itu. Engineer sekarang dpt beli rumah, Terrace (yang makin kecil), dan kereta biasa juga :) So.. ini membuktikan Wang Kertas tidak menyimpan nilai.

Hal ini akan berbeza jika gaji anda di bayar dalam Dinar or Emas. Contoh: jika anda bergaji 10dinar pada tahun 2006. (1dinar 2006 = RM450 x 10=RM4500). Tahun 2012 (1dinar = RM700), gaji anda tak naik, masih 10dinar. Namun gaji baru anda = RM700x10 = RM7000. ini membuktikan emas itu menyimpan nilai :)

Memandangkan kita tak mungkin akan dibayar gaji dengan dinar emas, kenapa tidak kita sendiri convert sebahagian dari gaji kita dalam bentuk emas? make sense tak?


Makmal dalam Kehidupan Pelajar #2

Entry kali ni nak kongsi pula apparatus untuk makmal 'Sensor'. Sebelum tu nak kongsi dulu apa itu 'sensor' secara ringkas. 'Sensor' atau 'penderia' berfungsi untuk mengesan isyarat suatu sistem dan sebagai input (masukan) ke 'controller' atau 'pengawal'. Kalau nak dianalogikan...umpama 'deria' manusia la..mengesan keadaan atau situasi tertentu bergantung pada fungsinya. Jadual di bawah ni untuk perbandingan manusia dan  mesin.

ni nota yang guna dalam kelas..sorry ye english pulak

Dalam makmal 'sensor' ni, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jenis sensor..dan semuanya adalah 'proximity sensor' (penderia kehampiran). Maksudnya, penderia yang tidak bersentuhan dengan bahan yang hendak dikesan. Industri sekarang dah banyak beralih ke 'proximity', sebab lagi tahan lama berbanding yang bersentuhan.

Ada dua set barang yang ada di lab tempat aku mengajar ni. Dikongsikan dua2 set tersebut.


Sensoric Board

Rexroth Board


Masa aku jadi student dulu..mana de paham sgt menda lecturer ajar, sbb tak byk praktikal. Sekarang dengan ada mcm2 apparatus ni, student lebih cepat paham, sebab dorang pegang sendiri apa barang tu, dan boleh dikatakan sama macam yang ada di industri (kilang).

Tengah khusyuk..tak sedar kena snap

Seronok ajar student ni bila dorang paham..kalu asyik tunjuk gambar je, dorg tak feel sendiri barang tu, agak susah nak paham.

Chow dulu..ada lagi satu lab yang nak aku kongsi..yang ni memang 'bagak' nye barang...tunggguuuuuuuuu!!!

Thursday, 25 October 2012

Pelaburan Emas #4

Salam kepada semua

Kali ini nak kongsi fakta menarik mengapa kita perlu menyimpan Emas. 



Fakta 1: Masa vs Emas
Kebiasaannya kita tukarkan masa kita kepada duit. Misalnya, lagi banyak masa kita pergi/buat kerja a.k.a OT, lagi banyak duit yang kita dapat. Tetapi dengan emas, duit kita bekerja untuk kita. Kalau nak detail pasal ni, boleh baca buku 'Rich Dad, Poor Dad'. Sekarang buku tu dah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.




Fakta 2: Masa Bersara
Kena ingat bahawa kehendak dan keperluan hidup semakin meningkat kerana teknologi semakin berkembang (utk kesihatan), dan kerajaan tidak mungkin dapat membiayai semua pesara dan warga emas. Walaupun plan-plan kesihatan (medical card) ada, tapi pelaburan itu tidak boleh dialihkan kepada keperluan lain masa depan.

Fakta 3: Masa Depan
Untuk memastikan keluarga dan semua yang kita sayang tidak akan terlalu bersusah-payah lagi seperti kita berkenaan dengan kewangan.

Fakta 4: Mengatasi Inflasi
Memang diketahui inflasilah yang mempengaruhi harga emas..semakin inflasi meningkat semakin jatuh nilai wang tunai dan semakin tinggi harga emas. Dengan sebab itu, untuk simpanan, adalah elok meyimpan emas berbanding wang tunai (RM di bank)




Fakta 5: Nilai Simpanan
Aset  emas akan sentiasa bernilai dan meningkat berbanding simpanan yang lain.

Fakta 6: Sumbangan
Dengan menjual dan memiliki emas, anda membantu rakan-rakan dan keluarga untuk sama-sama memperolehi kesenangan masa hadapan yang di luar jangkaan.

Fakta 7: Gaya Hidup
Rasailah kehidupan di luar imaginasi untuk suatu jangkamasa yang panjang. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut..hubungi saya..bila2 masa..insyaAllah akan dijawab secepat mungkin. Sampai jumpa lagi diperkongsian seterusnya.

Thursday, 11 October 2012

Jalan-jalan Langkawi

Salam semua,

Weekend baru ni (5-7 Okt 2012) kami sekeluarga bersama adik yang still berdua dan bonda tercinta bercuti ke Langkawi. Ni trip pertama yang kami plan bersama, sepatutnya ada lagi satu keluarga, adik lelaki aku..tapi bos tempat kerjanya hantar dia bertugas ke luar negara, so tak jadi la dia ikut. 

Last aku ke Langkawi adalah pada Disember 1997, huhu...honeymoon maaaa...sangat2 lama dah tu, anak pun dah sekolah menengah ni. Padahalnya kampung halaman encik suami di Sungai Petani Kedah, tapi tak pernah nak lajak ke sana.

Langkawi memang terkenal serata dunia sebagai sebuah pulau pelancongan yang cantik. Ramai juga kami terserampak dengan pelancong luar tu. Macam2 warna kulit dan tutur bahasa mereka. Kami ke sana naik Air Asia , beli tiket lama sangat dah, tu yang boleh murah dan hangkut ramai2 skali, kalu tak kopak gak la kan. Everyone can fly..huhu..best je tagline tu, tapi memang betul pun, cuma kena bertindak awal la utk dpt yang murah tu. Kami menginap di Pantai Cenang, ni adalah cadangan adik aku yang dah buat 'research' pasal langkawi ni. Banyak chalet yang dah penuh, so takleh nak pilih sangat la. Dua malam kami spent di Rasa Eksotika, Pantai Cenang. Bilik2 nya design ala2 Bali. Kami ambil 3 bilik, 1 famili room (2 katil besar = 4 org), 1 superior room (2 katil bujang) dan 1 standard room (adik aku dan hubby nye)

Bilik ni ada 2 katil besar, kami dapat harga RM140/malam, bilik ni sangat luas.

Pantai Cenang ni happening time malam, kalu siang, lagi2 pagi takde menda sangat la kat situ. Aktiviti siang hari mereka yang ke Langkawi ni banyak dihabiskan sama ada 'shopping' di Kuah, jalan2 sekitar tpt bersejarah atau pusing pulau dengan bot. Malam baru lepak2 di Pantai Cenang. Nama je pantai, tapi masa ke sana baru ni, tak jenguk pun pantai tu.

Dalam banyak2 kedai kami round di Pantai Cenang tu, aku sangat teruja dengan sebuah kedai yang menjual pelbagai buku dalam berbagai bahasa. Buku2 tu buku terpakai, tapi masih elok. Sempat gak la aku interview kakak yang jaga kedai tu, dia kata supply buku banyaknya dia dapat dari pelancong yang datang. Ada pelancong yang jual terus buku tu dan ada yang tukarkan dengan buku lain di kedai itu. Menarikkan. Ada sekurang2nya 13 bahasa. 

Kedai buku pelbagai bahasa di Pantai Cenang

Perkara yang tersirat di sini, orang luar negara ni suka membaca, even melancong pun masih membaca. Kalu kita tengok mereka time bersantai tu memang akan pegang buku, tak kisah la buku apa pun. Dalam flight pun mereka akan membaca. Sangat berbeza dengan kita, time santai2 kebiasaanya kita tidur, borak2, termenung atau pegang enset atau gaming gajet.

Ok lah, itu saja perkongsian kali ni. Sampai jumpa lagi dalam perkongsian2 selanjutnya.

Wednesday, 10 October 2012

Pelaburan Emas #3

Salam semua,

Tajuk emas kali ni, nak kongsi berita semasa mengenai beberapa buah syarikat pelaburan emas yang diserbu pihak Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Mungkin tak semua orang tahu perkara ini. Lagi-lagi bagi mereka yang tak minat dengan pelaburan emas ni. Untuk laporan berita tanpa edit, boleh lah lawat link ini <klik> dan link ini <klik>.

Nak cerita, masa mula-mula aku kemukakan pada encik suami ku, yang aku berminat nk melabur dalam emas ni, dia tak setuju. Dia kata, banyak tipu dari betulnya. Suami aku ni dah lama berkecimpung dengan Forex, so dia ada la info pasal pelaburan emas ni lebih dulu dari aku. Tapi dia jenis yang tak de nak cerita panjang-panjang, dia kata baca la news online, banyak info leh dapat.

Bila timbang-timbang, pelaburan yang nak aku buat ni tak sama dengan pelaburan yang encik suami aku maksudkan. Bila aku cerita pada dia, dia diam je. Aku decide, aku join la company sekarang ni. 

Bila company dalam berita kat atas tu diserbu, diapun tunjuk kat aku. Dari situ la aku dapat berita ni. Nak cerita juga, kita sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan prinsip2 Islam, wajib memeriksa sesuatu sebelum kita involve. Masa aku nak join hari tu, aku de gak wat research sikit2 pasal pelaburan yang dibolehkan dan yang diharamkan dalam Islam. 

Lanjutan dari kisah serbu2 company pelaburan emas ni, aku kongsikan di sini, link <klik> rujukan kita sebagai panduan untuk membuat pelaburan. Hidup ni sementara je, memang la kita nak senang di dunia, tapi jangan lupa bagaimana kehidupan kita di akhirat adalah bermula bagaimana kita jalani kehidupan kita di dunia. Link ni khusus mengupas parameter yang perlu dinilai untuk membuat sesuatu pelaburan, khususnya pelaburan emas.

Sampai sini dulu bicara kali ini, doakan moga aku sihat dan dapat teruskan dengan perkongsian selanjutnya. InsyaAllah

Monday, 1 October 2012

Arcopal Aku Pecah

Salam sayang semua..

Nak story sket..tgh aku duk online, tiba-tiba bunyi kuat sangat datang dari dapur..cepat2 aku lari tengok sambil ngucap panjang. Sampai dapur, tgk anak sulung aku terduduk di lantai dapur..hah!!! pinggan ARCOPAL aku pecah!!! Geram sangat2. Dia kata tergelincir lantai licin.

bunga yang sebenar tak jumpa dalam online nye gambar

Kalau tak tahan sabar..memang kena dah dia..tapi aku astaghfar banyak2..bukan tak terima hakikat alasan lantai tu, tapi memang dah pe'el dia kelam-kabut buat keje. Aku memang jenis yang ajar anak buat kerja rumah, termasuk mencuci pinggan dan cawan yang telah mereka guna. Selalu gak kalau dia cuci pinggan, memang kung-kang kung-kang kat dapur tu. Banyak kali tegur pun macam tu jugak.

Sekarang dinnerware set arcopal bunga merah kecik-kecik aku tu dah ganjil, hilang satu. Nak cari ganti sure susah sekarang ni, sebab set tu aku beli masa mula-mula pindah dari rumah parents, duduk sendiri, kira-kira 13 tahun yang lalu.

Hanya Allah yang tahu apa rasa aku sekarang ni..moga Allah lembutkan hati aku untuk redha atas kejadian ni..waaaaa!!!! sob sob sob...

Tuesday, 18 September 2012

Pelaburan Emas #2

Salam semua..

Maaf kepada yang menanti-nanti update emas aku ni. Agak sibuk dengan kerja dan famili, tu yang kurang masa untuk update. Kali ni nak kongsi info sikit mengenai atom emas. 

Emas ni adalah salah satu logam yang kita pernah belajar masa kelas Kimia di sekolah dulu. Di bawah adalah Jadual Berkala unsur-unsur atom yang kita belajar tu. 




Emas adalah unsur ke-79 dalam senarai ni, dengan simbol Au iaitu aurum. Aku terangkan sket bagi yg lupa pasal jadual ni. Dari atas ke bawah jadual, adalah 'Period' bagi unsur (istilah Melayu 'kala'). Ada 8-Period untuk kesemua unsur dalam jadual tu. Emas ni duduk di Period-6. Period ni berkait dengan orbit elektron. Contoh, untuk Period-1 maksud ada 1 orbit utk atom tersebut. Maka, untuk emas ada 6 orbit. Di sebelah atas jadual, dari kiri ke kanan, adalah 'Group' (istilah Melayu 'kumpulan' atau juga dikenali sebagai keluarga). Terdapat 18-group dalam jadual berkala. Kumpulan merujuk kepada konfigurasi elektron terluar yang sama untuk setiap ahli.  Emas berada dalam Group-11 atau juga dikenali sebagai 'kumpulan kuprum'. Konfigurasi elektron emas ialah 2.8.18.32.18.1. Dengan konfigurasi ini, emas merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Sebab itulah, mereka yang bekerja di sektor/industri elektrik, dilarang memakai emas sewaktu bekerja. Emas ni dirujuk sebagai 'logam peralihan' atau 'transition element' di mana ianya mudah dibentuk dan dikenali sebagai logam anjal. Dah paham tentang atom emas? Nak tau detail tentang atom emas, warna dan sebagainya bleh la baca di sini <klik>. Sini kongsi sikit2 je intro ni. 

Gambar logam emas yg asli (untreated)

Kenapa orang obses sangat dengan emas ni? Kalau tanya orang dulu-dulu, selain cantik bila dipakai, mereka akan jawab, sebagai simpanan masa depan. Mmmmm orang dulu-dulu pun simpan emas untuk masa depan. Kita sekarang yang kuasa beli lebih daripada orang dulu-dulu macamana?

Banyak lagi mengenai emas akan aku kongsikan, nantikan update seterusnya. Artikel takleh panjang2, nnt org bosan baca bila olahan ayat tu meleret2..betul ke? berkata2 melalui pengalaman.. hik hik hik..sampai jumpa lagi..

Wednesday, 12 September 2012

Pelaburan Emas #1

Masa kecik dulu, aku ni sangat disayangi oleh arwah atok aku. Asal balik kampung je sure dia akan bagi aku macam2, koman2 pun RM10, masa tu (sekitar tahun 70-an dan 80-an) RM10 tu besar nilainya. Atok meniaga alatulis dan supply buku-buku teks ke sekolah-sekolah. Ada satu ketika tu, atok hadiahkan aku gelang emas, kalau tak silap masa tu aku umur 2-3tahun. Budak kecik mana la tau emas2 ni, so tak heran la kalau aku dok sepah2kan gelang tu merata-rata. Mak aku kata ada yang aku taruk dlm lubang tandas pun. Masa tu emas murah berbanding sekarang, tapi ye la, kuasa beli orang masa tu pun kurang.

Masa aku sekolah menengah, mak belikan aku gelang, sampai sekarang aku masih simpan dan kadang-kadang pakai. Masa tu emas lebih kurang RM30/gram (916). Aku ni bukan giler emas atau barang kemas, so barang-barang tu sangat limited pada aku. Masa kerja, ada la sekali je kot aku beli gelang, aku suka gelang berbanding rantai..cincin..sebab gelang ni simple, pakai di tangan, kalau rantai, rasa macam gatal leher. Gelang yang aku beli masa kerja tu, kira2 dalam 11 tahun yang lepas (menunjukkan dah lama benar tak beli emas). Masa tu harga lebih kurang dalam RM40/gram. Aku bayar kat kedai tu lebih kurang dalam RM500 (resit seme entah ke mana, so tak tepat sangat fakta ni, lebih kurang je). Maknanya lebih kurang dalam 10gram++ la gelang tangan aku tu. Hadiah kahwin takyah cite la ek..hehehe..

kredit:  http://www.hargaemas.com.my/harga

Sekarang..jeng jeng jeng..harga emas dalam RM180/gram. Berdasarkan graf di atas, peningkatan sebanyak 449.06%  (kiraan dari 2003 hingga 2012).

Dengan kesedaran mengenai harga tersebut, rasanya sangat rugi aku tak beli emas banyak2 dulu..atau membuat pelaburan dalam emas ni. Tapi rasanya belum terlambat. Berdasarkan laporan dari Berita Harian, dengan tajuk "Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020", aku jadi tersentak dari lena yang panjang mengenai pelaburan emas ni. Oleh itu, aku sekarang berjinak-jinak untuk belajar mengenai pelaburan emas. Banyak faktor yang mempengaruhi harga emas, yang tu akan aku kongsikan kemudian ye.

Sampai sini dulu untuk entry ini, insyaAllah banyak lagi perkongsian mengenai 'pelaburan emas' akan aku update nanti. Moga menjadi pekongsian menarik dan bermanfaat untuk semua. 

Kepelbagaian saiz mengikut berat emas yang kami tawarkan

Opss...untuk pengetahuan semua, aku dah jadi 'pengedar emas' yang berdaftar, so..kalau nak detail atau mahu memulakan pelaburan emas, boleh contact aku. InsyaAllah berbaloi. Jangan bimbang, kita beli emas, kita pegang sendiri emas kita beli..tiada syubhah di situ. Pelaburan ini adalah untuk masa depan kita dan keluarga.

Monday, 10 September 2012

Klinik

Klink swasta ni memang banyak, dah macam cendawan lepas hujan (tp sekarang selalu hujan, tak nampak lak cendawan naik). Klinik yang jadi panel sesebuah syarikat pun banyak, kena pilih betul-betul mana yang ok. Bukan maksud nak perkecilkan kredibiliti doktor. Semua doktor tu dah diiktiraf layak untuk menangani pelbagai permasalahan mengenai segala jenis sakit ni.. cuma kadang tu, tunggu nama dipanggil 30minit..masuk jumpa doktor 2 minit..usik2 sikit..dah siap. 

Di sini nak kongsi sedikit kegembiraan dan kepuasan hati dengan sebuah pusat rawatan di kawasan Bandar Baru Bangi. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah memang terkenal di sini. Pertama kali nak jejakkan kaki, terfikir, uish..sure mahal, tapi mak punya pasal, takpe la..dulu-dulu masa kecil, mak lagi banyak korban untuk kita. Kena bayar sendiri sebab mak tak masuk dalam panel list syarikat, hubby dan anak-anak je yang ditanggung. Mak kata, "Klinik pakar ni, mahal kot."..Aku kata, "takpe la mak, mak tu batuk tak baik-baik lagi, kita tanya pakar lak, apa kata dia." Maka masuk la kami ke situ.

Lama juga menunggu, sebab orang ramai nak buat medical check-up untuk masuk U (mmmm silap timing). Lebih kurang sejam setengah menunggu, nombor mak dipanggil, kami berdua masuk ke bilik rawatan. Seorang doktor perempuan melayu tersenyum mesra. Layanan doktor sangat memuaskan, dan banyak soalan yang ditanya untuk mendapatkan cerita sebenar tentang symptom sakit mak. Kemudian doktor meminta kami mengikut jururawat ke bahagian lain klinik berkenaan untuk diambil sample darah dan menjalani x-ray. Dalam kepala masa tu, sure charge lebih kurang RM200 dah ni. Ujian terhadap sample darah tersebut memakan masa 1jam baru dapat keputusan, sekali lagi, kami lepak di ruang menunggu, sebab banyak suratkhabar dan majalah, kami leka disitu.

Nama mak dipanggil apabila jam menghampiri pukul 5.00pm (kami mendaftar masuk jam 1.00pm, kami solat zohor di surau tingkat 3). Apabila masuk, "aik, doktor lain pulak," aku kata. "doktor tukar shift, yang tadi dah balik," doktor muda lelaki, asalnya aku ingat dia keturunan cina, rupanya melayu. Layanan, pertanyaan dan penerangan doktor yang ini pun lebih kurang sama mesranya dengan doktor tadi. Kami sangat berpuas hati. Alhamdulillah, mak takde apa2 masalah, cuma mungkin sebab mak pergi umrah dalam keadaan batuk, di sana pun cuaca sangat panas, tu yang batuk tak baik-baik.

Tiba masa nak ambil ubat dan bayar. hahhhh!!!!! RM89.50 je... dua kali aku tanya budak kaunter tu, kot2 salah dengar. Memang betul sebegitu casnya. Uissssshhh...banyak murah ni, kami pulang dengan perasaan gembira, mak takde apa2 masalah, doktor2 di situ pun mesra dan murah!!!!! huhu... untuk masa2 akan datang semestinya aku akan ke sana jika ahli keluargaku tak sihat.

Wednesday, 29 August 2012

Kemalangan 27 Ogos 2012

Berita TV jam 8mlm 26 Ogos 2012 kata ops selamat berjaya kurangkan jumlah kemalangan dan juga kemalangan maut sepanjang musim raya aidilfitri yang baru lalu. Lega rasa..alhamdulillah..

Berita TV juga..jam 8mlm 27 Ogos 2012..terkejut dengar ada kemalangan maut di hiway PLUS sekitar jam 4 pagi. 

Pagi yang sama, jam lebih kurang sama, suamiku pulang ke tempat bertugas di Batu Pahat. Alhamdulillah dia tak terlibat dengan kemalangan tersebut. Setelah menghubungi suami ku itu..dia kata mmg terserempak dengan kemalangan tersebut, masa tu kejadian baru je berlaku...polis, ambulan seme belum tiba lagi. Dia tak berhenti, tapi mmg nampak ada mangsa terbaring di atas jalan..dan ada beberapa pengguna jalan yang berhenti menghulur bantuan awal.

Kalau diamati..byk kemalangan dan mangsa yang maut disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan orang lain. Orang lain pula yang merana..nauzubillah. Jadi, duk atas jalanraya ni kena fikir sama diri orang lain atas setiap tindakan yang nak kita ambil..mmg la ajal maut di tangan Allah, tapi kita dituntut untuk berhati-hati dan berwaspada..takkan nk main redah je.

sumber: Sinar Harian

Kepada suamiku (dia baca atau tak ek), berhati-hati di jalan raya..igtlah orang tersayang..pandu cermat jiwa selamat..biar bos marah, kalau ngantuk..tidur di R&R dulu.

Tuesday, 28 August 2012

Makmal dalam Kehidupan Pelajar

Masa di sekolah rendah, pernah dengar cikgu sebut bilik 'pusat sumber'.. bukan perpustakaan ye.. bila masuk situ, ye la budak2 tau nak seronok je, bukan nak belajar pun. Antarea 'benda' yang aku masih ingat yang ada dalm tu, 'globe' 'planet-planet dalam cakerawala bersama dengan matahari', 'duit-duit palsu', 'magnet'. Masa tu mana ada 'makmal sains' di sekolah rendah, nak pulak sekolah area kampung.

Masuk sekolah menengah, baru tau apa tu 'makmal sains'. Bila naik tingkatan 4 masuk pulak kelas sains tulen, lagi la berkenalan banyak dengan alatan makmal sains. Tapi dalam banyak2 makmal, aku paling tak suka makmal biologi, takde yang menarik.. start form four tu makmal biologi, kena periksa tulang (tatau tulang apa).. lukis2...hahaha...LUKIS!!! perkara yang paling aku tak suka. Nak hafal..lagi la aku tak suka. Pokoknya aku tak suka biologi..tapi camanapun alhamdulilah..dapat gk la C6 utk biologi..cikgu target aku F9 tau..sbb tak pernah nak lulus ujian-ujian dia sejak form 4 sampai trial SPM. Dah memang aku tidak diciptakan Allah untuk masuk bidang tu.

Masuk IPT, ambik lak Electrical & Electronics Engineering...huhu..lagi la banyak makmal..masa ni tak panggil makmal sains dah..tapi macam2 nama ada..menjurus kepada sub bidang kursus tertentu. Masa belajar pun, buat ujikaji kira separuh-separuh paham pun tak pe..report copy senior nye report last sem. Janji score..lain-lain belakang cerita.

Ditakdirkan, bila grad, rezeki jadi 'pensyarah'.. ok lagi la sbb lab simple2 je masa tu..abes kuat pun lab digital dan litar. hampir 15tahun handle lab-lab 'simple' ni, sbjek advance ajar teori je..lab student buat tempat lain (sbb fasiliti tak mencukupi dan mahal, sewa je la sekali dengan lecturer2 tempat tu kira sewa). Ajar teori ni lagi susah dari ajar praktikal, sebab banyak calculation nak kena buat. Tapi bila buat praktikal, time mencabar adalah bila kena troubleshoot kenapa output lain dari teori.

Ditakdirkan Allah juga, sekarang bertugas di tempat yang banyak involved praktikal berbanding teori. Cabaran terbesar, nak kena berkenalan dengan 'apparatus' atau 'instrument' atau 'set' dalam semua lab yang kita involved. Walaubagaimanapun, praktikal agak senang kalau kita faham teori. Cuma bab troubleshoot tu yang kena mahirkan diri dengan apparatus tu. 

Di sini dikongsikan gambar PLC Lab Trainer dan Control Lab Trainer. Banyak lagi trainer yang sedang aku 'bedah' tapi sini kongsi dua je ye.

Programmable Logic Controller (PLC) Trainer

Proportional Integral Derivative Trainer (Control Lab)


Kunci pada semua pekerjaan adalah minat dan kegembiraan. Kalau kita minat dan gembira dengan apa kita buat, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh. Makmal adalah salah satu kemudahan P&P untuk lebih memudahkan pelajar faham dengan apa yang mereka pelajari dalam kelas. Makmal sangat penting kerana apabila keluar bekerja, kebiasaanya teori hanya sedikit sahaja digunakan, untuk naik ke position atas lagi, aplikasi teori kepada praktikal sangat-sangat perlu. Walaubagaimanapun, pengetahuan teori juga penting, kalau tak macamana kita nak buktikan bahawa hasil praktikal adalah seperti mana yang dibuktikan oleh teori.

Chow!!!!

Wednesday, 15 August 2012

Kehidupan yang dinamik

Salam sayang semua pembaca..

Aku baru sudah tengok muvie '8 Jam'...lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Sekilas pandang memang cerita tu ganas..banyak adegan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja bawah 18tahun. Tetapi bila disingkap, mengapa cerita itu perlu dipaparkan? Mungkin hanya penulis skrip dan pengarah mempunyai alasan mereka sendiri. Kita sebagai penonton yang mempunyai akal dan fikiran, perlu cuba mencari alasan tersebut.

Muvie ini berkisar kisah Alang lakonan Shaheizy Sam, yang sewaktu kecilnya tinggal bersama ibu di kawasan pasar (looks like Chow Kit). Akibat kesusahan hidup, ibu Alang terpaksa berhutang dengan 'Along'. Di situlah kepayahan hidup Alang bermula. Ibunya meninggal, dia dibesarkan di rumah anak yatim. Alang seorang yang sukar untuk mengawal perasaan amarahnya apabila berlaku suatu perkara yang tidak disukainya. 

Dipendekkan cerita, Alang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh teman wanitanya sendiri dengan sengaja. Alang mengaku atas kesalahan tersebut kerana baginya kalau dia tidak layak untuk bersama gadis tersebut, tiada lagi orang lain yang layak.

Di sini banyak perkara boleh dikupas untuk difikirkan. Yang paling memberi kesan pada aku adalah, pendidikan asas kepada anak-anak sangat penting. Apabila melihat kehidupan Alang sewaktu kecil, kaedah ibunya dan masyarakat sekeliling menghukum Alang tidak sebagaimana yang sepatutnya diajarkan dalam Islam. Alang tidak diajar untuk mengawal perasaannya dan berfikir secara rasional apabila berlaku sesuatu perkara. 

Sesetengah ibu bapa suka memukul anak untuk mengajar mereka. Aku di antara mereka yang sering dirotan sewaktu kecil. Tetapi adakah aku belajar dengan hukuman rotan itu? Kadang-kadang aku dirotan atas kesalahan yang bukan aku buat. Memang sakit.. pernah beberapa kali berdarah. Seringkali terfikir..aku ni anak angkat ke?



Apabila telah berumahtangga dan mempunyai anak seperti sekarang. Aku cuba sedaya-upaya mengelak untuk menggunakan rotan ke atas anak. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak menyimpan rotan di rumah. Anak yang sulung berada di Tingkatan 2. Memang masih awal untuk aku katakan anak aku baik..tapi setakat ini, aku amat berpuas hati dengan sikap yang anakku tunjukkan. Dia menjadi antara individu yang cikgu percaya dan harapkan di sekolah. Ibubapa perlu banyak membaca dan meneroka serta memilih kaedah yang terbaik berdasarkan perilaku anak-anak. Sifat anak-anak ni dynamic..macam proses juga..controller (parents) perlu dynamic untuk menangani behavior anak. Lagi-lagi zaman sekarang yang serba canggih..maklumat di hujung jari..lagi banyak cabaran. Dan controller (parents) perlu ada input-input yang selaras dengan peredaran masa (signal + sensor). Baru la Final Controlled Element (anak-anak) membesar dengan baik dan menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah. Huhu..aku ni line 'Control Engineering'..seme yang dilihat nak dikait dengan 'control'.

Semoga paparan ini menjadi pengisian berguna kepada pembaca. Tidak banyak yang hendak dipaparkan, sememangnya aku ni seorang yang susah untuk mengungkapkan sesuatu dalam bentuk ayat.

Wallahulam


Monday, 13 August 2012

printer oh printer

Di pejabat lama, orang a.k.a staff selalu merungut printer rosak la, tak tahan lasak la, toner cepat habis la..bla bla bla. Di tempat baru ni, printer wallawehhhh..canggih..dh mcm 'transformer' pun ada rupanya tu, mcm copier machine..cuma tak pasang 'tray' byk mcm copier tu je. Tapi...tapi...duk di office tingkat 7, kira mcm duk di istana la. Nak print..send je thru network either wireless or cable..insyaAllah leh sampai kalu betul 'alamat'nya tu. 

HP Laserjet 9040


Masalahnya, bilik pengajar ni besepah2 dalam 14 tingkat ni..dan aku tingkat 5..nak hantar print tingkat 7..adesss...nk tggu lif 2 tingkat je..punya la lama..so, naik tangga..sampai2 atas..alamak tak keluar la pulak..camana ni, nak kena turun balik la nampaknya..hahahaha. Nak communicate ngn org opis tkt 7, takde sape pun yang ditugaskan jaga printer tu, tempatnya dekat dgn server gedabak.. ada la copier machine sekali duk area tu.

Pendek kata, jangan nak mengeluh kalau apa yang ada pada kita tu kita rasa kurang membantu kerja2 kita. Di tempat lain pun ada kerenah masing-masing. Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas hati, segala dugaan dan cabaran tu kira sebagai onak duri dalam kita menuju hakikat ubudiyah sebagai hamba Allah..insyaAllah ganjaran berlipat kali ganda kiranya kita bersabar.

Saturday, 11 August 2012

Kesengsaraan

Semalam hati tersentuh membaca email seorang teman berkenaan kisah seorang ibu tunggal yang diceraikan kerana bekas suami tidak sanggup sama-sama susah melawan penyakit yang dihidapi. Tinggallah si ibu dan 3 orang anak meneruskan hidup dengan serba kepayahan. Tidak dapat bayangkan jika Allah memilih aku untuk hadapi penderitaan itu.

Di sini dikongsikan blog ibu tunggal terbabit. Semua entry diblog beliau menggambarkan kesedihan dan ketabahan. Sama-sama kita berdoa moga Allah lebih memberi ketabahan dan kejayaan kepada keperitaan yang beliau hadapi.


Thursday, 2 August 2012

Novel dibaca - Adam & Hawa



Novel yang buat kali kedua aku baca, pertama kali baca masa baru diterbitkan dalam tahun 2006. Suka tulisan Aisya Sofea, jalan cerita yang berat jadi ringan, ayat-ayat yang digunakan menyentuh perasaan, dan serasa kita berada di dalam cerita itu. 


Baru ni terbaca dalam suratkhabar, kisah novel ni diangkat menjadi drama bersiri. Tak sabar nak tengok, hero AA..heroin tak sure siapa. Kita tunggu je la.


Alangkah indah jika semua 'Hawa' dapat bertemu 'Adam'nya seperti yang digambarkan dalam cerita ini. Adam seorang yang sangat bersabar, setia pada cinta dan sanggup menunggu Hawa nya untuk jangka masa yang panjang. Rasanya satu dalam 10ribu kot lelaki macam tu. Adam tidak perlu menggunakan kekerasan atau kata-kata menyakitkan hati untuk menawan hati Hawa. Hati Hawa tersentuh dengan kelembutan, kesabaran dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Adam. Sure aman dunia takde kes suami dera isteri kalau semua suami mempunyai sifat begini. Tapi, dunia ni kan penuh dengan warna-warni, so memang impossible.

Baca novel ni macam ada hantunya, selagi tak habis, selagi tu la tak senang duduk, sebab tu kalau nak mula baca, kena fikir yang diri ni ada masa senggang untuk melayan dari mukasurat 1 hingga sekurang-kurangnya 400 (purata).

Tuesday, 31 July 2012

Perkongsian - Hadith

Semasa aku masih bersekolah, aku selalu mengikut papa (arwah), tidak kira sama ada ke pasar atau atas urusan lain yang perlu diselesaikan. Suatu ketika, jalam jem dan perjalanan agak perlahan. Papa berhenti dan memberi laluan kepada kereta yang nak masuk ke laluan mereka, biasanya yang nak masuk simpang di kiri kami, dari arah bertentangan. Bila banyak kali berlaku macam tu, aku mula bertanya, "kenapa papa suka berhenti dan bagi orang tu lalu?", sambil senyum dia menjawab, "bila kita lapangkan jalan orang, nanti orang lapangkan jalan kita." Tidak puas hati dengan jawapan itu, aku berkata, "bukannya nanti orang tu ingat atau perasan yang kita dah tolong dia tadi". Papa menjawab, "Allah kan ada, nanti Allah bukakan hati orang lain tu untuk tolong kita, tak semestinya orang yang sama".

Kata-kata papa itu tersemat kukuh dalam hatiku, sehingga kini. Tambahan pula, sekarang duduk di kawasan yang lalulintas agak sibuk, menuntut keprihatinan dan belas ehsan orang sekeliling untuk sama-sama selamat tiba ke destinasi. Ayat yang sama aku telah dan akan sering sebutkan kepada anak-anakku, dan mereka tahu, pesanan itu datangnya dari datuk mereka.

Semasa papa berpesan, dia tidak menyebut mana-mana hadis, tapi dia ada kata, ianya adalah pesanan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, di sini dikongsikan ayat tersebut, moga menjadi panduan bersama.


و عن ابن عمر رضى الله عنهما ان رسول الله (ص) قال: المسلم اخوالمسلم لا يظلمه ولا يسلمه، من كان في حاجة اخيه كان الله في حاجته ، ومن فرّج عن مسلم كربة فرّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة.

Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda; ‘seorang muslim itu adalah saudara orang muslim yang lain, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa yang melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutup cela seseorang muslim, maka Allah akan menutup celanya di hari kiamat..


Papa, walau telah lama kau pergi bertemu Pencipta, anak-anakmu tidak pernah lupakan segala kenangan dan pesanan-pesanan yang kau titipkan. Kau terlalu istimewa dan pergimu sangat kami rindui. Moga Allah tempatkan papa bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin!! Al-Fatihah untuk papa tersayang.

Friday, 20 July 2012

Novel dibaca - Setulus Janji

Salam semua..

Sekarang aku sedang membaca sebuah novel Setulus Janji oleh Aina Emir..novel lama, 2005. Pinjam dari kakak sebilik office. Sebenarnya aku ni agak susah juga nk mulakan membaca novel, tengok sinopsis kalau ok..boleh la start baca bab 1..kalau bab 1 tu dah membosankan, memang tinggal terus la, even sinopsis best sekalipun, sebab tu la agak tak mengikuti perkembangan novel terbaru..yang lama pun tak baca.



Setulus Janji ni bagus dari segi cerita dan pergolakan perasaan antara adik-beradik dan adik angkat mereka. Kalau novel ni di'drama'kan atau di'filem'kan pun sangat bagus. Lagi-lagi kalau pengarah pandai membawa emosi penonton macam Kabir Bhatia.. dan lakonan pelakon yang mantap. Macam boleh bayang sape hero-hero dan heroin-heroin nya..pelakon utama kalau AA sangat bagus, dia pandai membawa emosi penonton di tempat yang sepatutnya. Kalau perempuan FS kot pelakon utama, dia pun sangat bagus membawa perasaan ni.

Agak-agak baru separuh membaca, tapi macam tak sabar nk tahu kesudahan. ada orang kata, nak cepat tahu ending..langkah2 je la page tu..tapi bagi aku tak best la..tak layannnnn..huhu

Wednesday, 18 July 2012

40hrs-1week

Salam sayang semua..

Sekarang jam 10.10am..petang ni kelas pertama aku conduct di GMi..insyaAllah aku lebih prepare berbanding kelas2 terdahulu di tempat lama. Sekarang jwatan sorely TTO a.k.a lecturer, sblm ni byk academic admin nak kena handle.

Dalam membuat persiapan, teringat new gadget cenderahati kenangan dari KTD..taraaaaaaa


kira ptg ni nanti.."perasmian" la..huhu..sblm ni kena 'pecet' keyboard utk 'next slide'. TQVM pada yang propose benda ni sbg kenangan aku di KTD..memang sblm ni duk usha2..tp sbb bajet ketat sket masa tu..beli la pointer je..without slide controller.

Jadual kelas agak lain macam sket..kalu dulu2 kelas abis kuat 2jam..skrg ada smpai 6jam..apa la aku nk bebelkan..hehehe..jgn tak tau..kelas tu include lab session skali..tp lama sgt beb 6jam tu..2ptg-8mlm..brape kali break daaaaaa aku nak bg ni. Jadual lak everyday kena check 'daVinci' on network..kot2 ada new revision.



hehehe...laptop baru la katakan..given lak tu..plastik pun blom bukak..jp lg nk masuk kelas akan ditanggalkan..office dalam bilik..kira privacy la, tak macam meja guru sekolah..satu bilik about 4-8 person, depend saiz bilik..as for my room, suppose 4org, tp baru terisi 2orang. Below is my 'workstation', clear lagi..ye la baru dekat 2bln kat sini, tunggu la setahun..dua tahun..baru tau sepahnya camana..


Kerja ni ibadah..kita kena buat dengan ikhlas baru boleh dapat berkat dan kelapangan dengan rezeki yang diperoleh. Sesukar mana pun kerja kita, kalau kita percaya dan berharap pada bantuan Allah, ianya akan jadi mudah. Nak berkongsi ilmu ni bukan mudah, kena 'passion' yang tinggi..bergaul dengan remaja bukan mudah, perlu faham isi hati mereka, ibarat bermain layang-layang..tak boleh lepaskan terus talinya, dan tak boleh terus-menerus tarik talinya..kena pandai baru la layang-layang tu naik tinggi..dan tinggi...dan tinggi..sampai ke hujung talinya.

Sebahagian pemandangan GMi dari tingkat 13 blok IE

Entrance IE

Moga aku suka dengan apa yang aku buat..dan doakan semua usaha dan pekerjaan ini memudahkan jalanku ke syurga Allah yang abadi..insyaAllah!!!

Monday, 9 July 2012

Pengisian Jiwa - Faktor penghalang untuk mengenal Allah


Untuk menjadi seorang muslim sejati, wajib untuk kita mengenal Pencipta alam semesta ini, iaitu Allah s.w.t. Walaubagaimanapun ada dua punca besar yang menghalang kita dari mengenal Dia. Semoga menjadi panduan bersama untuk sama-sama menjauhi perkara ini.

Dua sumber perkara yang menghalang kita mengenal Allah:

Syahwat / Nafsu / Penyakit Hati
1. Fasik - disebabkan oleh dosa-dosa kita
2. Kesombongan - rasa besar diri disebabkan pangkat dll, serta menolak kebenaran.
3. Kezaliman - 
4. Dusta - akan menutup pintu hati
5. Bercakap bohong

Syubhah
1. Jahil - tidak begitu faham
2. Ragu-ragu - tidak jelas tentang sesuatu
3. Menyeleweng - disebabkan tarikan dunia, sama ada sengaja atau tidak
4. Lalai - disebabkan oleh keseronokan dunia

Tazkirah ini disampaikan oleh seorang sahabat semasa sesi Liqa' di KTD pada 4 Mei 2011. Moga menjadi panduan bersama.

Wallahualam..

Monday, 25 June 2012

FYP Presentation @ GMi'12

Dikongsikan beberapa gambar semasa FYP student GMi. Industrial Electronics Department. Inilah tanggungjawab baruku, mendidik mereka-mereka untuk menjadi teknokrat yang berjaya dan bertanggungjawab. InsyaAllah...


Pic 1: Group ni buat Maize Flour dari biji jagung. 3 verifiers terlibat, semua dari industri Process & Control



Pic 2: Demonstration 'Climbing Robot'. Ada kamera pada robot utk check crack di dinding bangunan. Lokasi IE blok @ GMi



Pic 3: Ni student Process, Instrumentation & Control, saya tak pasti yang ni tajuk apa. Lokasi bilik projek student PIC @ GMi



Tabahkah Aku

Tulisan untuk dibaca., dihayati dan difahami. Sama ada berdasarkan kisah benar atau cetusan dari penulis, ianya tidak penting, yang penting ia adalah naskah untuk dikongsi bersama.

Ini adalah hasil nukilan ku yang pertama, moga dapat dikongsi bersama. Pengakhirannya belum di muatnaik, sedang dalam proses editing.

Boleh baca di sini - Tabahkah Aku

Thursday, 21 June 2012

Nukilan pertama

Setakat ni dah 3 pages kisah Tabahkah Aku di published. Idea banyak lagi, tapi mungkin nak simpan untuk kisah-kisah yang akan datang, so plan nak jadikan ianya novel, maybe jadi cerpen yang panjang sikit tapi tidak sampai tahap novel..separuh dari novel la kot.



Semoga semua pembaca berpuas hati.. komen dan cadangan dialu-alukan untuk manfaat bersama.

Tuesday, 19 June 2012

Bulatan oh bulatan

Mula-mula berpindah ke kawasan BBB ni..agak sesat juga nak keluar ke mana-mana, ye la roundabout merata-rata. Lepas 'pukul 12'..'pukul 9'..lepas tu 'pukul 3' errrkkkk...susah nak ingat jalan ni..kalu silap satu roundabout..nnt kt depan u-turn lak. Anak aku kata.."ibu, kita round2 dulu 2-3 kali nak pastikan exit yang mana". Mmm idea yang bagus...byk kali gk la buat mcm tu..tapi takpe la plat luar selangor/KL kan. Sekarang dah OK kot..tpt2 penting dah boleh tau dah duk di 'pukul brape' utk setiap roundabout tu.


Ada satu peristiwa, hari ke-3 duduk di sini..di traffic light Seksyen 3..satu kereta berhenti sebelah, turunkan cermin dan tanya.."UKM mana?" aku jawab..."pusing semula, pukul 9", dengan confident. Lepas lampu hijau, dia pun U-turn, masa tu aku terpikir...betul ke ek? anak aku kata.."takpe ibu, kena percaya pada fikiran kita yg pertama tu".