Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Bicara dalam Diri



Salam kepada semua pembaca,

Blog ni dah bersawang nampaknya, tersangatlah lama tak ku update. Banyak perkara yang berlaku dalam diri, persekitaran kerja dan sosial. Bukan tak mahu menjengah dan mencoret di sini, tetapi perkara di luar alam maya ini lebih menuntut perhatian dan tindakan.

Coretan kenangan, coretan nukilan terlalu sarat dalam kepala, menunggu masa yang sesuai untuk diluah dalam bentuk huruf dan perkataan serta bersambung menjadi ayat dan cerita untuk perkongisian bersama.

Doakan aku mempunyai masa terluang untuk meluahkan segalanya dan berkongsi rasa bersama pembaca sekalian.

Wassalam..sayang semua.

Monday, 25 June 2012

Tabahkah Aku

Tulisan untuk dibaca., dihayati dan difahami. Sama ada berdasarkan kisah benar atau cetusan dari penulis, ianya tidak penting, yang penting ia adalah naskah untuk dikongsi bersama.

Ini adalah hasil nukilan ku yang pertama, moga dapat dikongsi bersama. Pengakhirannya belum di muatnaik, sedang dalam proses editing.

Boleh baca di sini - Tabahkah Aku