Salam semua,
Tajuk emas kali ni, nak kongsi berita semasa mengenai beberapa buah syarikat pelaburan emas yang diserbu pihak Bank Negara Malaysia baru-baru ini.
Mungkin tak semua orang tahu perkara ini. Lagi-lagi bagi mereka yang tak minat dengan pelaburan emas ni. Untuk laporan berita tanpa edit, boleh lah lawat link ini <klik> dan link ini <klik>.
Nak cerita, masa mula-mula aku kemukakan pada encik suami ku, yang aku berminat nk melabur dalam emas ni, dia tak setuju. Dia kata, banyak tipu dari betulnya. Suami aku ni dah lama berkecimpung dengan Forex, so dia ada la info pasal pelaburan emas ni lebih dulu dari aku. Tapi dia jenis yang tak de nak cerita panjang-panjang, dia kata baca la news online, banyak info leh dapat.
Bila timbang-timbang, pelaburan yang nak aku buat ni tak sama dengan pelaburan yang encik suami aku maksudkan. Bila aku cerita pada dia, dia diam je. Aku decide, aku join la company sekarang ni.
Bila company dalam berita kat atas tu diserbu, diapun tunjuk kat aku. Dari situ la aku dapat berita ni. Nak cerita juga, kita sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan prinsip2 Islam, wajib memeriksa sesuatu sebelum kita involve. Masa aku nak join hari tu, aku de gak wat research sikit2 pasal pelaburan yang dibolehkan dan yang diharamkan dalam Islam.
Lanjutan dari kisah serbu2 company pelaburan emas ni, aku kongsikan di sini, link <klik> rujukan kita sebagai panduan untuk membuat pelaburan. Hidup ni sementara je, memang la kita nak senang di dunia, tapi jangan lupa bagaimana kehidupan kita di akhirat adalah bermula bagaimana kita jalani kehidupan kita di dunia. Link ni khusus mengupas parameter yang perlu dinilai untuk membuat sesuatu pelaburan, khususnya pelaburan emas.
Sampai sini dulu bicara kali ini, doakan moga aku sihat dan dapat teruskan dengan perkongsian selanjutnya. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...