Salam semua,
Weekend baru ni (5-7 Okt 2012) kami sekeluarga bersama adik yang still berdua dan bonda tercinta bercuti ke Langkawi. Ni trip pertama yang kami plan bersama, sepatutnya ada lagi satu keluarga, adik lelaki aku..tapi bos tempat kerjanya hantar dia bertugas ke luar negara, so tak jadi la dia ikut.
Last aku ke Langkawi adalah pada Disember 1997, huhu...honeymoon maaaa...sangat2 lama dah tu, anak pun dah sekolah menengah ni. Padahalnya kampung halaman encik suami di Sungai Petani Kedah, tapi tak pernah nak lajak ke sana.
Langkawi memang terkenal serata dunia sebagai sebuah pulau pelancongan yang cantik. Ramai juga kami terserampak dengan pelancong luar tu. Macam2 warna kulit dan tutur bahasa mereka. Kami ke sana naik Air Asia , beli tiket lama sangat dah, tu yang boleh murah dan hangkut ramai2 skali, kalu tak kopak gak la kan. Everyone can fly..huhu..best je tagline tu, tapi memang betul pun, cuma kena bertindak awal la utk dpt yang murah tu. Kami menginap di Pantai Cenang, ni adalah cadangan adik aku yang dah buat 'research' pasal langkawi ni. Banyak chalet yang dah penuh, so takleh nak pilih sangat la. Dua malam kami spent di Rasa Eksotika, Pantai Cenang. Bilik2 nya design ala2 Bali. Kami ambil 3 bilik, 1 famili room (2 katil besar = 4 org), 1 superior room (2 katil bujang) dan 1 standard room (adik aku dan hubby nye)
Bilik ni ada 2 katil besar, kami dapat harga RM140/malam, bilik ni sangat luas. |
Pantai Cenang ni happening time malam, kalu siang, lagi2 pagi takde menda sangat la kat situ. Aktiviti siang hari mereka yang ke Langkawi ni banyak dihabiskan sama ada 'shopping' di Kuah, jalan2 sekitar tpt bersejarah atau pusing pulau dengan bot. Malam baru lepak2 di Pantai Cenang. Nama je pantai, tapi masa ke sana baru ni, tak jenguk pun pantai tu.
Dalam banyak2 kedai kami round di Pantai Cenang tu, aku sangat teruja dengan sebuah kedai yang menjual pelbagai buku dalam berbagai bahasa. Buku2 tu buku terpakai, tapi masih elok. Sempat gak la aku interview kakak yang jaga kedai tu, dia kata supply buku banyaknya dia dapat dari pelancong yang datang. Ada pelancong yang jual terus buku tu dan ada yang tukarkan dengan buku lain di kedai itu. Menarikkan. Ada sekurang2nya 13 bahasa.
Kedai buku pelbagai bahasa di Pantai Cenang |
Perkara yang tersirat di sini, orang luar negara ni suka membaca, even melancong pun masih membaca. Kalu kita tengok mereka time bersantai tu memang akan pegang buku, tak kisah la buku apa pun. Dalam flight pun mereka akan membaca. Sangat berbeza dengan kita, time santai2 kebiasaanya kita tidur, borak2, termenung atau pegang enset atau gaming gajet.
Ok lah, itu saja perkongsian kali ni. Sampai jumpa lagi dalam perkongsian2 selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...