Wednesday, 15 August 2012

Kehidupan yang dinamik

Salam sayang semua pembaca..

Aku baru sudah tengok muvie '8 Jam'...lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Sekilas pandang memang cerita tu ganas..banyak adegan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja bawah 18tahun. Tetapi bila disingkap, mengapa cerita itu perlu dipaparkan? Mungkin hanya penulis skrip dan pengarah mempunyai alasan mereka sendiri. Kita sebagai penonton yang mempunyai akal dan fikiran, perlu cuba mencari alasan tersebut.

Muvie ini berkisar kisah Alang lakonan Shaheizy Sam, yang sewaktu kecilnya tinggal bersama ibu di kawasan pasar (looks like Chow Kit). Akibat kesusahan hidup, ibu Alang terpaksa berhutang dengan 'Along'. Di situlah kepayahan hidup Alang bermula. Ibunya meninggal, dia dibesarkan di rumah anak yatim. Alang seorang yang sukar untuk mengawal perasaan amarahnya apabila berlaku suatu perkara yang tidak disukainya. 

Dipendekkan cerita, Alang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh teman wanitanya sendiri dengan sengaja. Alang mengaku atas kesalahan tersebut kerana baginya kalau dia tidak layak untuk bersama gadis tersebut, tiada lagi orang lain yang layak.

Di sini banyak perkara boleh dikupas untuk difikirkan. Yang paling memberi kesan pada aku adalah, pendidikan asas kepada anak-anak sangat penting. Apabila melihat kehidupan Alang sewaktu kecil, kaedah ibunya dan masyarakat sekeliling menghukum Alang tidak sebagaimana yang sepatutnya diajarkan dalam Islam. Alang tidak diajar untuk mengawal perasaannya dan berfikir secara rasional apabila berlaku sesuatu perkara. 

Sesetengah ibu bapa suka memukul anak untuk mengajar mereka. Aku di antara mereka yang sering dirotan sewaktu kecil. Tetapi adakah aku belajar dengan hukuman rotan itu? Kadang-kadang aku dirotan atas kesalahan yang bukan aku buat. Memang sakit.. pernah beberapa kali berdarah. Seringkali terfikir..aku ni anak angkat ke?



Apabila telah berumahtangga dan mempunyai anak seperti sekarang. Aku cuba sedaya-upaya mengelak untuk menggunakan rotan ke atas anak. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak menyimpan rotan di rumah. Anak yang sulung berada di Tingkatan 2. Memang masih awal untuk aku katakan anak aku baik..tapi setakat ini, aku amat berpuas hati dengan sikap yang anakku tunjukkan. Dia menjadi antara individu yang cikgu percaya dan harapkan di sekolah. Ibubapa perlu banyak membaca dan meneroka serta memilih kaedah yang terbaik berdasarkan perilaku anak-anak. Sifat anak-anak ni dynamic..macam proses juga..controller (parents) perlu dynamic untuk menangani behavior anak. Lagi-lagi zaman sekarang yang serba canggih..maklumat di hujung jari..lagi banyak cabaran. Dan controller (parents) perlu ada input-input yang selaras dengan peredaran masa (signal + sensor). Baru la Final Controlled Element (anak-anak) membesar dengan baik dan menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah. Huhu..aku ni line 'Control Engineering'..seme yang dilihat nak dikait dengan 'control'.

Semoga paparan ini menjadi pengisian berguna kepada pembaca. Tidak banyak yang hendak dipaparkan, sememangnya aku ni seorang yang susah untuk mengungkapkan sesuatu dalam bentuk ayat.

Wallahulam


No comments:

Post a Comment

Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...