Tuesday 18 September 2012

Pelaburan Emas #2

Salam semua..

Maaf kepada yang menanti-nanti update emas aku ni. Agak sibuk dengan kerja dan famili, tu yang kurang masa untuk update. Kali ni nak kongsi info sikit mengenai atom emas. 

Emas ni adalah salah satu logam yang kita pernah belajar masa kelas Kimia di sekolah dulu. Di bawah adalah Jadual Berkala unsur-unsur atom yang kita belajar tu. 




Emas adalah unsur ke-79 dalam senarai ni, dengan simbol Au iaitu aurum. Aku terangkan sket bagi yg lupa pasal jadual ni. Dari atas ke bawah jadual, adalah 'Period' bagi unsur (istilah Melayu 'kala'). Ada 8-Period untuk kesemua unsur dalam jadual tu. Emas ni duduk di Period-6. Period ni berkait dengan orbit elektron. Contoh, untuk Period-1 maksud ada 1 orbit utk atom tersebut. Maka, untuk emas ada 6 orbit. Di sebelah atas jadual, dari kiri ke kanan, adalah 'Group' (istilah Melayu 'kumpulan' atau juga dikenali sebagai keluarga). Terdapat 18-group dalam jadual berkala. Kumpulan merujuk kepada konfigurasi elektron terluar yang sama untuk setiap ahli.  Emas berada dalam Group-11 atau juga dikenali sebagai 'kumpulan kuprum'. Konfigurasi elektron emas ialah 2.8.18.32.18.1. Dengan konfigurasi ini, emas merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Sebab itulah, mereka yang bekerja di sektor/industri elektrik, dilarang memakai emas sewaktu bekerja. Emas ni dirujuk sebagai 'logam peralihan' atau 'transition element' di mana ianya mudah dibentuk dan dikenali sebagai logam anjal. Dah paham tentang atom emas? Nak tau detail tentang atom emas, warna dan sebagainya bleh la baca di sini <klik>. Sini kongsi sikit2 je intro ni. 

Gambar logam emas yg asli (untreated)

Kenapa orang obses sangat dengan emas ni? Kalau tanya orang dulu-dulu, selain cantik bila dipakai, mereka akan jawab, sebagai simpanan masa depan. Mmmmm orang dulu-dulu pun simpan emas untuk masa depan. Kita sekarang yang kuasa beli lebih daripada orang dulu-dulu macamana?

Banyak lagi mengenai emas akan aku kongsikan, nantikan update seterusnya. Artikel takleh panjang2, nnt org bosan baca bila olahan ayat tu meleret2..betul ke? berkata2 melalui pengalaman.. hik hik hik..sampai jumpa lagi..

Wednesday 12 September 2012

Pelaburan Emas #1

Masa kecik dulu, aku ni sangat disayangi oleh arwah atok aku. Asal balik kampung je sure dia akan bagi aku macam2, koman2 pun RM10, masa tu (sekitar tahun 70-an dan 80-an) RM10 tu besar nilainya. Atok meniaga alatulis dan supply buku-buku teks ke sekolah-sekolah. Ada satu ketika tu, atok hadiahkan aku gelang emas, kalau tak silap masa tu aku umur 2-3tahun. Budak kecik mana la tau emas2 ni, so tak heran la kalau aku dok sepah2kan gelang tu merata-rata. Mak aku kata ada yang aku taruk dlm lubang tandas pun. Masa tu emas murah berbanding sekarang, tapi ye la, kuasa beli orang masa tu pun kurang.

Masa aku sekolah menengah, mak belikan aku gelang, sampai sekarang aku masih simpan dan kadang-kadang pakai. Masa tu emas lebih kurang RM30/gram (916). Aku ni bukan giler emas atau barang kemas, so barang-barang tu sangat limited pada aku. Masa kerja, ada la sekali je kot aku beli gelang, aku suka gelang berbanding rantai..cincin..sebab gelang ni simple, pakai di tangan, kalau rantai, rasa macam gatal leher. Gelang yang aku beli masa kerja tu, kira2 dalam 11 tahun yang lepas (menunjukkan dah lama benar tak beli emas). Masa tu harga lebih kurang dalam RM40/gram. Aku bayar kat kedai tu lebih kurang dalam RM500 (resit seme entah ke mana, so tak tepat sangat fakta ni, lebih kurang je). Maknanya lebih kurang dalam 10gram++ la gelang tangan aku tu. Hadiah kahwin takyah cite la ek..hehehe..

kredit:  http://www.hargaemas.com.my/harga

Sekarang..jeng jeng jeng..harga emas dalam RM180/gram. Berdasarkan graf di atas, peningkatan sebanyak 449.06%  (kiraan dari 2003 hingga 2012).

Dengan kesedaran mengenai harga tersebut, rasanya sangat rugi aku tak beli emas banyak2 dulu..atau membuat pelaburan dalam emas ni. Tapi rasanya belum terlambat. Berdasarkan laporan dari Berita Harian, dengan tajuk "Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020", aku jadi tersentak dari lena yang panjang mengenai pelaburan emas ni. Oleh itu, aku sekarang berjinak-jinak untuk belajar mengenai pelaburan emas. Banyak faktor yang mempengaruhi harga emas, yang tu akan aku kongsikan kemudian ye.

Sampai sini dulu untuk entry ini, insyaAllah banyak lagi perkongsian mengenai 'pelaburan emas' akan aku update nanti. Moga menjadi pekongsian menarik dan bermanfaat untuk semua. 

Kepelbagaian saiz mengikut berat emas yang kami tawarkan

Opss...untuk pengetahuan semua, aku dah jadi 'pengedar emas' yang berdaftar, so..kalau nak detail atau mahu memulakan pelaburan emas, boleh contact aku. InsyaAllah berbaloi. Jangan bimbang, kita beli emas, kita pegang sendiri emas kita beli..tiada syubhah di situ. Pelaburan ini adalah untuk masa depan kita dan keluarga.

Monday 10 September 2012

Klinik

Klink swasta ni memang banyak, dah macam cendawan lepas hujan (tp sekarang selalu hujan, tak nampak lak cendawan naik). Klinik yang jadi panel sesebuah syarikat pun banyak, kena pilih betul-betul mana yang ok. Bukan maksud nak perkecilkan kredibiliti doktor. Semua doktor tu dah diiktiraf layak untuk menangani pelbagai permasalahan mengenai segala jenis sakit ni.. cuma kadang tu, tunggu nama dipanggil 30minit..masuk jumpa doktor 2 minit..usik2 sikit..dah siap. 

Di sini nak kongsi sedikit kegembiraan dan kepuasan hati dengan sebuah pusat rawatan di kawasan Bandar Baru Bangi. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah memang terkenal di sini. Pertama kali nak jejakkan kaki, terfikir, uish..sure mahal, tapi mak punya pasal, takpe la..dulu-dulu masa kecil, mak lagi banyak korban untuk kita. Kena bayar sendiri sebab mak tak masuk dalam panel list syarikat, hubby dan anak-anak je yang ditanggung. Mak kata, "Klinik pakar ni, mahal kot."..Aku kata, "takpe la mak, mak tu batuk tak baik-baik lagi, kita tanya pakar lak, apa kata dia." Maka masuk la kami ke situ.

Lama juga menunggu, sebab orang ramai nak buat medical check-up untuk masuk U (mmmm silap timing). Lebih kurang sejam setengah menunggu, nombor mak dipanggil, kami berdua masuk ke bilik rawatan. Seorang doktor perempuan melayu tersenyum mesra. Layanan doktor sangat memuaskan, dan banyak soalan yang ditanya untuk mendapatkan cerita sebenar tentang symptom sakit mak. Kemudian doktor meminta kami mengikut jururawat ke bahagian lain klinik berkenaan untuk diambil sample darah dan menjalani x-ray. Dalam kepala masa tu, sure charge lebih kurang RM200 dah ni. Ujian terhadap sample darah tersebut memakan masa 1jam baru dapat keputusan, sekali lagi, kami lepak di ruang menunggu, sebab banyak suratkhabar dan majalah, kami leka disitu.

Nama mak dipanggil apabila jam menghampiri pukul 5.00pm (kami mendaftar masuk jam 1.00pm, kami solat zohor di surau tingkat 3). Apabila masuk, "aik, doktor lain pulak," aku kata. "doktor tukar shift, yang tadi dah balik," doktor muda lelaki, asalnya aku ingat dia keturunan cina, rupanya melayu. Layanan, pertanyaan dan penerangan doktor yang ini pun lebih kurang sama mesranya dengan doktor tadi. Kami sangat berpuas hati. Alhamdulillah, mak takde apa2 masalah, cuma mungkin sebab mak pergi umrah dalam keadaan batuk, di sana pun cuaca sangat panas, tu yang batuk tak baik-baik.

Tiba masa nak ambil ubat dan bayar. hahhhh!!!!! RM89.50 je... dua kali aku tanya budak kaunter tu, kot2 salah dengar. Memang betul sebegitu casnya. Uissssshhh...banyak murah ni, kami pulang dengan perasaan gembira, mak takde apa2 masalah, doktor2 di situ pun mesra dan murah!!!!! huhu... untuk masa2 akan datang semestinya aku akan ke sana jika ahli keluargaku tak sihat.