Wednesday, 29 August 2012

Kemalangan 27 Ogos 2012

Berita TV jam 8mlm 26 Ogos 2012 kata ops selamat berjaya kurangkan jumlah kemalangan dan juga kemalangan maut sepanjang musim raya aidilfitri yang baru lalu. Lega rasa..alhamdulillah..

Berita TV juga..jam 8mlm 27 Ogos 2012..terkejut dengar ada kemalangan maut di hiway PLUS sekitar jam 4 pagi. 

Pagi yang sama, jam lebih kurang sama, suamiku pulang ke tempat bertugas di Batu Pahat. Alhamdulillah dia tak terlibat dengan kemalangan tersebut. Setelah menghubungi suami ku itu..dia kata mmg terserempak dengan kemalangan tersebut, masa tu kejadian baru je berlaku...polis, ambulan seme belum tiba lagi. Dia tak berhenti, tapi mmg nampak ada mangsa terbaring di atas jalan..dan ada beberapa pengguna jalan yang berhenti menghulur bantuan awal.

Kalau diamati..byk kemalangan dan mangsa yang maut disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan orang lain. Orang lain pula yang merana..nauzubillah. Jadi, duk atas jalanraya ni kena fikir sama diri orang lain atas setiap tindakan yang nak kita ambil..mmg la ajal maut di tangan Allah, tapi kita dituntut untuk berhati-hati dan berwaspada..takkan nk main redah je.

sumber: Sinar Harian

Kepada suamiku (dia baca atau tak ek), berhati-hati di jalan raya..igtlah orang tersayang..pandu cermat jiwa selamat..biar bos marah, kalau ngantuk..tidur di R&R dulu.

Tuesday, 28 August 2012

Makmal dalam Kehidupan Pelajar

Masa di sekolah rendah, pernah dengar cikgu sebut bilik 'pusat sumber'.. bukan perpustakaan ye.. bila masuk situ, ye la budak2 tau nak seronok je, bukan nak belajar pun. Antarea 'benda' yang aku masih ingat yang ada dalm tu, 'globe' 'planet-planet dalam cakerawala bersama dengan matahari', 'duit-duit palsu', 'magnet'. Masa tu mana ada 'makmal sains' di sekolah rendah, nak pulak sekolah area kampung.

Masuk sekolah menengah, baru tau apa tu 'makmal sains'. Bila naik tingkatan 4 masuk pulak kelas sains tulen, lagi la berkenalan banyak dengan alatan makmal sains. Tapi dalam banyak2 makmal, aku paling tak suka makmal biologi, takde yang menarik.. start form four tu makmal biologi, kena periksa tulang (tatau tulang apa).. lukis2...hahaha...LUKIS!!! perkara yang paling aku tak suka. Nak hafal..lagi la aku tak suka. Pokoknya aku tak suka biologi..tapi camanapun alhamdulilah..dapat gk la C6 utk biologi..cikgu target aku F9 tau..sbb tak pernah nak lulus ujian-ujian dia sejak form 4 sampai trial SPM. Dah memang aku tidak diciptakan Allah untuk masuk bidang tu.

Masuk IPT, ambik lak Electrical & Electronics Engineering...huhu..lagi la banyak makmal..masa ni tak panggil makmal sains dah..tapi macam2 nama ada..menjurus kepada sub bidang kursus tertentu. Masa belajar pun, buat ujikaji kira separuh-separuh paham pun tak pe..report copy senior nye report last sem. Janji score..lain-lain belakang cerita.

Ditakdirkan, bila grad, rezeki jadi 'pensyarah'.. ok lagi la sbb lab simple2 je masa tu..abes kuat pun lab digital dan litar. hampir 15tahun handle lab-lab 'simple' ni, sbjek advance ajar teori je..lab student buat tempat lain (sbb fasiliti tak mencukupi dan mahal, sewa je la sekali dengan lecturer2 tempat tu kira sewa). Ajar teori ni lagi susah dari ajar praktikal, sebab banyak calculation nak kena buat. Tapi bila buat praktikal, time mencabar adalah bila kena troubleshoot kenapa output lain dari teori.

Ditakdirkan Allah juga, sekarang bertugas di tempat yang banyak involved praktikal berbanding teori. Cabaran terbesar, nak kena berkenalan dengan 'apparatus' atau 'instrument' atau 'set' dalam semua lab yang kita involved. Walaubagaimanapun, praktikal agak senang kalau kita faham teori. Cuma bab troubleshoot tu yang kena mahirkan diri dengan apparatus tu. 

Di sini dikongsikan gambar PLC Lab Trainer dan Control Lab Trainer. Banyak lagi trainer yang sedang aku 'bedah' tapi sini kongsi dua je ye.

Programmable Logic Controller (PLC) Trainer

Proportional Integral Derivative Trainer (Control Lab)


Kunci pada semua pekerjaan adalah minat dan kegembiraan. Kalau kita minat dan gembira dengan apa kita buat, kita akan buat dengan bersungguh-sungguh. Makmal adalah salah satu kemudahan P&P untuk lebih memudahkan pelajar faham dengan apa yang mereka pelajari dalam kelas. Makmal sangat penting kerana apabila keluar bekerja, kebiasaanya teori hanya sedikit sahaja digunakan, untuk naik ke position atas lagi, aplikasi teori kepada praktikal sangat-sangat perlu. Walaubagaimanapun, pengetahuan teori juga penting, kalau tak macamana kita nak buktikan bahawa hasil praktikal adalah seperti mana yang dibuktikan oleh teori.

Chow!!!!

Wednesday, 15 August 2012

Kehidupan yang dinamik

Salam sayang semua pembaca..

Aku baru sudah tengok muvie '8 Jam'...lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Sekilas pandang memang cerita tu ganas..banyak adegan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja bawah 18tahun. Tetapi bila disingkap, mengapa cerita itu perlu dipaparkan? Mungkin hanya penulis skrip dan pengarah mempunyai alasan mereka sendiri. Kita sebagai penonton yang mempunyai akal dan fikiran, perlu cuba mencari alasan tersebut.

Muvie ini berkisar kisah Alang lakonan Shaheizy Sam, yang sewaktu kecilnya tinggal bersama ibu di kawasan pasar (looks like Chow Kit). Akibat kesusahan hidup, ibu Alang terpaksa berhutang dengan 'Along'. Di situlah kepayahan hidup Alang bermula. Ibunya meninggal, dia dibesarkan di rumah anak yatim. Alang seorang yang sukar untuk mengawal perasaan amarahnya apabila berlaku suatu perkara yang tidak disukainya. 

Dipendekkan cerita, Alang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh teman wanitanya sendiri dengan sengaja. Alang mengaku atas kesalahan tersebut kerana baginya kalau dia tidak layak untuk bersama gadis tersebut, tiada lagi orang lain yang layak.

Di sini banyak perkara boleh dikupas untuk difikirkan. Yang paling memberi kesan pada aku adalah, pendidikan asas kepada anak-anak sangat penting. Apabila melihat kehidupan Alang sewaktu kecil, kaedah ibunya dan masyarakat sekeliling menghukum Alang tidak sebagaimana yang sepatutnya diajarkan dalam Islam. Alang tidak diajar untuk mengawal perasaannya dan berfikir secara rasional apabila berlaku sesuatu perkara. 

Sesetengah ibu bapa suka memukul anak untuk mengajar mereka. Aku di antara mereka yang sering dirotan sewaktu kecil. Tetapi adakah aku belajar dengan hukuman rotan itu? Kadang-kadang aku dirotan atas kesalahan yang bukan aku buat. Memang sakit.. pernah beberapa kali berdarah. Seringkali terfikir..aku ni anak angkat ke?



Apabila telah berumahtangga dan mempunyai anak seperti sekarang. Aku cuba sedaya-upaya mengelak untuk menggunakan rotan ke atas anak. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak menyimpan rotan di rumah. Anak yang sulung berada di Tingkatan 2. Memang masih awal untuk aku katakan anak aku baik..tapi setakat ini, aku amat berpuas hati dengan sikap yang anakku tunjukkan. Dia menjadi antara individu yang cikgu percaya dan harapkan di sekolah. Ibubapa perlu banyak membaca dan meneroka serta memilih kaedah yang terbaik berdasarkan perilaku anak-anak. Sifat anak-anak ni dynamic..macam proses juga..controller (parents) perlu dynamic untuk menangani behavior anak. Lagi-lagi zaman sekarang yang serba canggih..maklumat di hujung jari..lagi banyak cabaran. Dan controller (parents) perlu ada input-input yang selaras dengan peredaran masa (signal + sensor). Baru la Final Controlled Element (anak-anak) membesar dengan baik dan menjadi umat yang cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah. Huhu..aku ni line 'Control Engineering'..seme yang dilihat nak dikait dengan 'control'.

Semoga paparan ini menjadi pengisian berguna kepada pembaca. Tidak banyak yang hendak dipaparkan, sememangnya aku ni seorang yang susah untuk mengungkapkan sesuatu dalam bentuk ayat.

Wallahulam


Monday, 13 August 2012

printer oh printer

Di pejabat lama, orang a.k.a staff selalu merungut printer rosak la, tak tahan lasak la, toner cepat habis la..bla bla bla. Di tempat baru ni, printer wallawehhhh..canggih..dh mcm 'transformer' pun ada rupanya tu, mcm copier machine..cuma tak pasang 'tray' byk mcm copier tu je. Tapi...tapi...duk di office tingkat 7, kira mcm duk di istana la. Nak print..send je thru network either wireless or cable..insyaAllah leh sampai kalu betul 'alamat'nya tu. 

HP Laserjet 9040


Masalahnya, bilik pengajar ni besepah2 dalam 14 tingkat ni..dan aku tingkat 5..nak hantar print tingkat 7..adesss...nk tggu lif 2 tingkat je..punya la lama..so, naik tangga..sampai2 atas..alamak tak keluar la pulak..camana ni, nak kena turun balik la nampaknya..hahahaha. Nak communicate ngn org opis tkt 7, takde sape pun yang ditugaskan jaga printer tu, tempatnya dekat dgn server gedabak.. ada la copier machine sekali duk area tu.

Pendek kata, jangan nak mengeluh kalau apa yang ada pada kita tu kita rasa kurang membantu kerja2 kita. Di tempat lain pun ada kerenah masing-masing. Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas hati, segala dugaan dan cabaran tu kira sebagai onak duri dalam kita menuju hakikat ubudiyah sebagai hamba Allah..insyaAllah ganjaran berlipat kali ganda kiranya kita bersabar.

Saturday, 11 August 2012

Kesengsaraan

Semalam hati tersentuh membaca email seorang teman berkenaan kisah seorang ibu tunggal yang diceraikan kerana bekas suami tidak sanggup sama-sama susah melawan penyakit yang dihidapi. Tinggallah si ibu dan 3 orang anak meneruskan hidup dengan serba kepayahan. Tidak dapat bayangkan jika Allah memilih aku untuk hadapi penderitaan itu.

Di sini dikongsikan blog ibu tunggal terbabit. Semua entry diblog beliau menggambarkan kesedihan dan ketabahan. Sama-sama kita berdoa moga Allah lebih memberi ketabahan dan kejayaan kepada keperitaan yang beliau hadapi.


Thursday, 2 August 2012

Novel dibaca - Adam & Hawa



Novel yang buat kali kedua aku baca, pertama kali baca masa baru diterbitkan dalam tahun 2006. Suka tulisan Aisya Sofea, jalan cerita yang berat jadi ringan, ayat-ayat yang digunakan menyentuh perasaan, dan serasa kita berada di dalam cerita itu. 


Baru ni terbaca dalam suratkhabar, kisah novel ni diangkat menjadi drama bersiri. Tak sabar nak tengok, hero AA..heroin tak sure siapa. Kita tunggu je la.


Alangkah indah jika semua 'Hawa' dapat bertemu 'Adam'nya seperti yang digambarkan dalam cerita ini. Adam seorang yang sangat bersabar, setia pada cinta dan sanggup menunggu Hawa nya untuk jangka masa yang panjang. Rasanya satu dalam 10ribu kot lelaki macam tu. Adam tidak perlu menggunakan kekerasan atau kata-kata menyakitkan hati untuk menawan hati Hawa. Hati Hawa tersentuh dengan kelembutan, kesabaran dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Adam. Sure aman dunia takde kes suami dera isteri kalau semua suami mempunyai sifat begini. Tapi, dunia ni kan penuh dengan warna-warni, so memang impossible.

Baca novel ni macam ada hantunya, selagi tak habis, selagi tu la tak senang duduk, sebab tu kalau nak mula baca, kena fikir yang diri ni ada masa senggang untuk melayan dari mukasurat 1 hingga sekurang-kurangnya 400 (purata).