Tuesday, 9 April 2013

Hobi Baru --> Baking Filling Bun

Salam semua..


Sejak berpindah tempat kerja, berpindah tempat tinggal..berubah suasana dan persekitaran..serta berubah juga loghat percakapan harian..aku jadi banyak masa terluang untuk fikir hal keluarga. Macam2 menda aku rasa aku nak buat..ye la..dulu sangat2 sibuk dgn kerja..24 jam tu mmg sangat2 bz..lagi2 masa sambung ambil M.Eng secara part-time dgn UTM dulu, dah la kerja as a manager (hahahaha..pengurus yang mcm kuli babu).

Anak2 aku pulak tgh membesar dengan pesatnya (alhamdulillah), so dorg mmg suka makan, makan, makan.. asal ke kedai, mmg tak miss beli menda makan..dari yg dah masak..sampai yg sejuk beku (spare dlm fridge). Dalam banyak2 menda tu..roti adalah menda yg wajib dibeli setiap hari..stok roti di rumah tak pernah 0. tak kira la apa jenis roti pun..tp kena yg mahal2..roti murah2 yg ringan2 ni sorry beb..pandang tu cebik mulut je. Kalau k bakery..adesss..lagi la kopak. Tu la selera anak aku, tapi aku tak kisah la..sbb dorg makan, bukan mmbazir pun, cuma bila dah banyak sangat tu..bajet pun sempit la kan.

Lepas tu aku terpikir nak beli bread maker..tengok2 dalam katalog cosway (aku ni ahli cosway, tp guna sndri je, tidak aktif menjual). Pendek cerita, aku grabbed bread maker tu dengan tukar kupon dan tambah sikit RM. Hasil roti dari bread maker tu kurang memberangsangkan, memang boleh di makan, tapi agak kureng dari segi rasa dan rupa. Anak aku makan la jugak, tp dorg kurang puas hati la dengan hasilnya tu. Lama2 aku jd malas nak buat..ada la dalam sebulan kot aku tak buat.



Tiba2 aku terjumpa deal dalam Groupon pasal belajar buat roti. Actually kelas tu cost us RM250/person. Tapi deal tu RM99/person or RM180/2 person. Sangat menarik. Aku call adik aku, ajak dia pergi sekali, at least ada teman. Dia tanak la pulak..alasan, takde sape sangat nak makan, since dia berdua n hubby dia je, plus bz dgn 'sekolah' di OUM. 2-3 hari gak aku pikir..nak g ke tanak..last2..pergi je la..bukan senang nak dpt deal macam ni, dengan aku ada byk ample time ni. Pendekkan cerita, aku gi kelas tu 3 March, 2013 pagi..korbankan waktu tidur hari ahad. Kelas tu hands-on, chef demo sekejap..lepas tu kita buat in groups. Habis kelas, kami boleh bawak balik roti yang kami buat tadi. Kira berbaloi la..belajar buat..bahan2 tpt tu sedia..dah masak..bawak balik hasilnya.

Suasana kelas 'baking'..meriah..ramai..

Hasil buatan peserta kursus


Aku tak ingat selang berapa lama lepas belajar tu aku buat kat rumah, lebih kurang 2-3 hari kot, sbb aku takut hilang skill..hehehe.. Berdebar jugak la..hasil percubaan pertama..anak dan mak aku kata sedap..hubby aku takde kat umah, so aku cerita je la kat dia. Cuma rupa dia tu agak kureng la sket..kesahnya, oven aku kecik..18L je. Lepas 3-4 kali cuba, alhamdulillah..cantik dan sedap. Aku siap beli oven yang besar sket..Butterfly 43L. Aku cakap kat anak aku suh promote kawan2 dia kalu de yg nak order. Banyak jugak la dapat order, jual murah2 je..ye la budak2 sekolah rendah. Ada satu hari tu sampai 31 ketul dorang order.. Tapi lepas tu, ustazah di KAFA larang anak aku jual, padahal sebelum tu dia dah mintak izin ustazah untuk jual. Aku bukan nak cari untung pun, nak ajar anak aku meniaga je..kena tanam sikap untuk jadi usahawan, jangan plan nak makan gaji je. Tapi nak buat camana, nak berjaya ni macam2 halangan.


Packing untuk anak jual pada kawan sekolah

Antara hasil buatan tanganku


Bila hubby aku first time rasa roti aku..dia komen.."mmm sedap, beli kat kedai mana ni ye?" hehehe, hubby aku mmg macam tu, takkan puji direct, tanak aku terangkat lebeh2.. So, sekarang ni aku buat roti untuk makan keluarga aku je. Ada plan nak pasarkan pada kawan2 adik aku..tp terbantut lagi plan tu. Papepun..aku sangat puas hati dengan pencapaian aku setakat ni dalam menghasilkan roti yang sihat, tanpa pengawet dan bahan yang menjejaskan kesihatan untuk makanan keluarga aku.

Next aku akan share pengalaman buat 'Mexican Bun' ye..chow!!



No comments:

Post a Comment

Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...