Monday, 25 March 2013

Movie ditonton --> Bola Kampung The Movie

Salam semua..

Update akhir-akhir ni berkisar tentang wayang je yek..hehehe.



Sabtu petang baru ni (23 Mac) aku bawa anak2 gi tengok Bola Kampung The Movie di GCS Alamanda. Suka panggung tu sebab tak serabut jalan jem berbanding kalu nk ke KL atau ke Puchong. Sampai di Alamanda dekat2 jam 4pm. Tiket banyak lagi.,meunjukkan orang tak minat nak tengok, berbanding Rock Ooo aritu..perrggghhh..kena beli awal2 beb, kalu tak mmg melepas la. Balik pada cite Bola Kampung, tiket 2D jam 3.50pm, tgk jam tepat 3.50pm..plan nk bawak dorg makan dulu..so amik la tiket 4.50pm yg 3D. Aku plus 3 anak..RM60 (glurrppp!!!), takpe la..kita kerja penat2 pun untuk sape kalu tak untuk anak2. Encik suami tak join..dia tak balik minggu ni..huk huk huk.

Jam 4.45pm..kami masuk panggung. Anak aku punya la seronok..iklan 3D yang jelir2 lidah tu..siap hulu2 tangan..seronok tgk dorg gelak..hilang penat.



Kesahnya, aku ni bukan la jenis yang suka tengok kartun..layan gitu2 je sbb anak suka tgk. Tapi muvi ni mmg best, dari segi jalan cerita, nilai murni dlm cerita tu mmg bagus utk budak2. Dari segi teknologi grafik dan animasi..waaaaa terbaik (komen dari org bukan multimedia). Katanya (terbaca dalam blog mana ntah), movie tu berharga RM6 juta..waaaaa..layak la hasilnya jadi mcm tu. Tapi sangat sayang org kita tak ramai yang pergi menonton. Harap start cuti sekolah ni panggung akan penuh la yek. Kadang2 kalau tengok2..panggung tu biasa dipenuhi oleh remaja, atau couple. Tu yang jadi cerita kartun mcm ni kurang sambutan (agaknya). Mcm aku, kalu tak sebab nak layan anak..tak gi gak kot.

Sini aku kongsi empunya suara suara sebalik watak utama muvi tu.


 

  



Tahniah pada semua yang terlibat..aku suka industri animasi Malaysia dapat buat cerita macam ni. Walau mungkin ada cakap2 belakang yg perlekehkan hasil ni, tapi bagi aku better than nothing.

Kalau ada sambungan muvie ni..insyaAllah aku bawak lagi anak aku gi tengok..

Chow!!

No comments:

Post a Comment

Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...