MasyaAllah..dah dua tahun tak update blog ni..byk nye yg dilalui..byk yg tak dikongsi bersama blogger and follower. Rindu pulak..huhu..
Dah 3 tahun di GMi, macam-macam story ada..yang paling terkesan, 2 grp stdn FYP ku berjaya mendapat tempat pertama dalam pembentangan projek mereka. Alhamdulillah.
First adalah group PIC/23/11A, projek mereka adalah 'Corn-Ethanol Distillation Plant'. Ringkasnya plant tu menghasilkan ethanol dari 'fermented corn' (jagung yg telah ditapai). Banyak kisah suka-duka, menyinga dan lain-lain masa aku monitor group ni. Dalam gambar ni pun, ada sorg ahli mereka tiada. Sampai ke titik akhir pun susah nak kumpul, huhu. Allah maha mendengar, sebab risau progress mereka yg sangat perlahan, aku penjatkan doa moga mereka dapat selesaikan juga sebelum pembentangan.
PIC/23/11A |
Gambar di bawah ni pula adalah semasa pembentangan mereka dengan 'external verifier'. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mereka ikut apa saranan yang aku bagi. Sorry ya gambar sedikit silau, aku excited sangat masa ni, tak sedar belakang tu ada cahaya, plus guna enset murah-murah je..hehe
Second group adalah PIC/15/12A. Group ni memang havoc, tak pernah bagi masalah. Everything smooth during implementation. Cuma masa nak select tajuk project tu yang huru-hara sikit, sebab dorang tukar tajuk dah dekat hujung sem proposal, jadi nak buat research semula tu yang kalut. Finally dorang agree untuk buat 'Orange Powder Plant'. Mereka hasilkan plant yang tukarkan orange liquid kepada powder (serbuk).
Mereka ni bersemangat tinggi, kuat study. Sebelum pembentangan, dorang datang dan minta aku tanya-tanya apa soalan 'cepu emas' yang mungkin akan ditanya.
Alhamdulillah, semuanya berjalan sangat lancar semasa pembentangan dan external verifier yang menilai mereka sangat berpuas hati dan memuji group ni. Aku sebagai supervisor pun tumpang sekaki rasa bangga.
PIC/15/12A |
Group yang mula tu dah konvo tahun lepas. Group kedua ni insyaAllah tahun ni konvo, tapi....sedey, semua mereka dah fly sambung study ke Aussie selama 3 tahun, ambil program yang sama dan di Uni yang sama.
Semoga mereka-mereka semua ini akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat.
Mmmmmm..sampai sini dulu la ye, next entry story lagi.
Chow!!! Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment
Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...