Entry kedua berkenaan wayang. Jumaat lepas (1 Mac 2013), aku berkesempatan menonton cerita ni di Alamanda. Plan tiket nak beli online 2 hari sebelum lagi, tapi line asyik tak lepas je. Sehari jugak la proses nak membeli tu, mula2 seat ok lagi..tak banyak yang tejual..hari kejadian, pagi tu aku try lagi..dah separuh penuh seatnye. Time lunch tengahari tu aku shoot ke Alamanda, takut nanti malamnya takde teket lak. Alhamdulillah, dapat gak dua teket (aku + anak sulung).
Malam tu nak jadi cerita, kitorg gerak agak lewat, sebab anak aku ni bersiap agak slow. Plan nak gerak jam 8.00, pukul 8.20 mlm baru kitorg gerak. Kalu ikut traffic biasa, dalam 20-25 minit sampaila di Alamanda. Tapi malam tu jem pulak, maybe sebab clash ngn orang yang nak ke Karnival Wow Putrajaya. Jam 9.20mlm baru kitorg masuk panggung..mood aku pun dah lari la masa tu..ingat nak patah balik je..entah berapa bakul la aku 'ngepek' (word kelantan) kt anak aku tu. Dia diam je..sedar tu salah dia. Sampai dalam panggung, tulisan pengenalan cerita tu tak abess lagi, so aku leh agak la, cite tu baru je start. Biasa la awal-awal tayangan banyak iklan menempel.
Cerita tu kira ok la..tapi maybe sebab mood aku dah lain, aku rasa tak best. Best lagi yang tahun 2005 dulu tu. Papepun, cite ni mengimbas kenangan masa zaman sekolah dulu..masa rock tengah naik.. tahun 80an dan 90-an..aku di bangku skolah...lagi2 time kemumcak rock dalam tahun 1988-1990, masa tu mmg giler rock betul la. Majoriti pakaian palajar sekolah berkonsepkan rock..baik lelaki atau perempuan. Kalau lelaki tu..seluar memang betul2 saiz kaki je la. Aku pernah tanya, camana korang pakai seluar, dorg jawab, pakai plastik taruk kt kaki, pastu sarung la..kalu nak bukak, mintak tolong kawan tarik..huhu. Kalu perempuan (termasuk aku kot, tapi aku tak ekstrem sgt la), kain singkat..rambut remos (lelaki pun remos la jugak). Rambut perempuan boleh la tiru mcm rock star tu, leh simpan panjang, kalu lelaki, pjg sikit, cikgu kerat..copeng2 je..nnt trim kasi elok2 sendiri.
Cuma dalam movie yang baru ni, aku kurang setuju bila pelakon perempuan, kapel pada 'Zul Kapan', duk menempel2 kat balak dia tu. Pastu se lagi, bila cerita tu memaparkan yang perempuan masa tu teruk je, sebab seingat aku, kitorg tak macam tu. Atau maybe sesetengah tempat macam tu kot. Aku ngan member2 aku ok je..kitorg kalau kapel pun, takde la 'menggeleser'..'menggesel2' macam tu. Geli pulak tengok. Cerita ni juga mengingatkan aku semula pada kasut jenama 'Aliph' aku dulu.. entah mana dah perginya kasut tu. Dulu susah payah bodek ayah aku nak beli kasut tu.
macam ni lebih kurang kasut aku tu..rindu kt kasut ni dan zaman itu |
Tahniah pada mereka yang mencetuskan idea cerita ni, mengembalikan kenangan zaman remaja kami2 yang dah beranak-pinak ni. Chow!!
No comments:
Post a Comment
Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...