Monday, 18 June 2012

Isi masa lapang di pejabat.. (mcm lawak je bunyi)

Hari-hari kerja melangut depan lappy.. seronok ke? bosan ada la.. tu yang khayal je kejenye ni.. tulis tulis tulis..cerita, cerpen...ntah2 jd novel lak nanti..huhu.. surf internet, jumpa cerita ni..menarik untuk dikongsi bersama..

Cerita 1:
Ketika saya baru masuk lift, seorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik.. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala..


Cerita 2:
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......" bapa : ??


Cerita 3:
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.


Thursday, 14 June 2012

Cerita Baru

Sebelas tahun menetap di KB, pindah ke Kajang..suatu yang agak sukar dan terpaksa dalam kelam-kabut. Rumah nak kena cari, pastu sekolah pulak.. sekolah sampai 3 sekolah yang berbeza..ye la anak 3 tahap berbeza. At last selesai juga..yang masih belum selesai bas/van sekolah..susah juga nak cari, nak hantar lagi susah bila dah start mengajar nanti.

Anak sulung skolah di SMK Jalan Reko..first time masuk skolah tu..rasa mcm sekolah yg bermasalah je..erkk (first impression)..tapi mohon dijauhkan segala masalah..kalu niat kita baik, iA baik la jadinya..amin!! Anak ke-dua SK Jalan Empat..prestasi skolah ni mmg sgt bagus. Last year (2011), 122org pelajar dpt UPSR 5A.. perrrggghhhh!!!! total stdn 2000 lebih. Anak ke-3 tadika dlm kwsn pejabat..kalu ikutkan dah penuh, tp doa ku dimakbul Allah (alhamdulillah), dpt juga masuk..tp pendaftaran + byrn bulan pertama dah RM1k++. errrkkk kopak ibu. tapi sistem skolah tu terbaeeekkk yang jd aku pejam mata je la..untuk anak ibu tak kisah, moga nnt jd anak yang berguna dan moga Allah bg yang terbaik untuk anak2ku.

Sabtu ni (16Jun) anak ke-3 masuk sukan..buat di Putrajaya..mmm baru 3 hari masuk skolah tu, teacher dah  select dia jd wakil skolah.."puan..dia boleh la masuk, dulu sy igt dia ssh nk catch-up, tp ok la, dia leh buat seme yang kita arahkan, mmm baju ni RM20 ye puan" errkkkk...RM lagi...adesssss...takleh percuma ke, kan wakil skolah..pejam mata lg ibu hulur RM20 lak..huhu..weekend ni seme kena pakai purple tanda sokongan pd tadika Litlle Calips cawangan GMi.

Cerita di pejabat..orang baru kan..mana de kerja sgt...tu yang leh start ber-blog ni..nak isi masa..kalu tak tidor je la kerja nya. Ada la jugak sikit2 menda bos suh tengok, kena selongkar sket..tp orang kata slow2..masuk gear satu2. Kerja sini agak mewah la..dapat lappy sorang satu..tp intnet link byk yg di block..erk FB dah lama tak masuk.. hahahaha...