Monday 18 June 2012

Isi masa lapang di pejabat.. (mcm lawak je bunyi)

Hari-hari kerja melangut depan lappy.. seronok ke? bosan ada la.. tu yang khayal je kejenye ni.. tulis tulis tulis..cerita, cerpen...ntah2 jd novel lak nanti..huhu.. surf internet, jumpa cerita ni..menarik untuk dikongsi bersama..

Cerita 1:
Ketika saya baru masuk lift, seorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik.. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala..


Cerita 2:
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......" bapa : ??


Cerita 3:
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.


2 comments:

Silakan kongsi sebarang idea dan pendapat...