Aku ni dah lama tak menonton wayang. Sejak habis 'sekolah' tahun 2011, sangat jarang ke panggung wayang dan tak tahu apa movie yang best ditayang. Kebiasaannya, dapat softcopy cerita yang best-best dari adik je.
Nak jadi cerita, malam Isnin yang lalu (25 Feb 2013), encik suami ajak aku menonton wayang, Pa & Ma's Night, dia kata. Bila aku tanya cerita apa, dia kata kita tengok je la apa yang ada kat sana tu. Kami pergi ke Alamanda, tiba sana dalam jam 9mlm. Banyak juga movie yang ditayangkan, tapi banyak yang habis seat nya.
Ada la tinggal 3 cinema je yang masih kosong, tiga2 cerita kami tak tahu nak pilih. Adik yang jual tiket tu cadangkan kami tengok "Hansel & Gretel: Witch Hunter". Macam pernah dengar tajuk tu tapi entahla. Kami pun setuju je la sebab adik kata best.."1 jam 30 minit aksi je", ayat adik tu. Dia kata cerita 'horror', aku yang tak suka cerita hantu ni mula tanak la tengok..tapi adik tu kata bukan hantu, tapi ahli sihir dalam hutan. Aku pun ok je la.
Memang best..penuh dengan aksi yang mendebarkan. Cerita ni bermula apabila dua beradik tu ditinggalkan oleh ayah dalam hutan kerana nak menyelamatkan mereka. Dalam hutan mereka terjumpa sebuah rumah yang dibuat daripada gula-gula dan kek. Rupanya rumah tersebut kepunyaan seorang ahli sihir yang jahat (bila tengok cerita ni baru tahu, rupanya ada ahli sihir yang jahat dan ada yang baik).
Walaupun masih budak, mereka ni berani..sampai boleh menumpaskan ahli sihir tu dengan cara mereka. Dipendekkan cerita, bila dewasa, mereka jadi pemburu ahli sihir. Ahli sihir dalam dalam cerita ni semua pakai tongkat yang boleh bawak mereka terbang tu. Di hujung cerita mereka dapat menumpaskan ketua ahli sihir semasa perjumpaan ahli-ahli sihir, untuk ritual bagi kebalkan diri mereka dari boleh dibakar. Mereka dibantu oleh ahli sihir baik (couple pada Hansel) dan gergasi ahli sihir, tapi dia baik (nama lupa pulak). Cerita di rated 18+ sebab sangat ngeri dengan darah dan aksi pertempuran yang ganas.
Actually masa aku pergi tu, poster cerita ni semua dah turun sebab dah nak habis tayangan..(menunjukkan tak ikut perkembangan movie betul kitorang ni).
Bila aku google search cari info pasal cerita ni, rupanya nama cerita ni kisah dongeng zaman dulu lagi. Dalam wikipedia, ada jelaskan sejarah tantang fairy-tale ni. Patut macam pernah dengar tajuk tu.
Ok la dulu..sampai sini perkongsian yang nak di sampaikan, insyaAllah bertemu lagi dalam perkongsian yang seterusnya. Daaaaa...