Peribahasa Melayu kata..Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..maksudnya Walau bagaimanapun kelebihan di negeri/negara orang, tetap negeri/negara sendiri lebih baik lagi...
So, entry kali ni nak kongsi satu info yang sangat perlu diketahui oleh kita sbg rakyat Malaysia. Sedang aku godek2 satu blog baru..tiba2 terjumpa satu blog warga Indonesia. Click2 terjumpa satu artikel perbandingan Petronas dengan syarikat minyak mereka. Fakta tu dah lama..tapi kalau lama pun, kita tak tahu, kira baru la jugak kan..dan fakta akan tetap jadi fakta tanpa time-frame.
Tulisan blog tu berdasarkan buku "Migas dan Energi di Indonesia", 2009 yang ditulis oleh Prof. Widjajono Partowidagdo. Wallahulam siapa penulis tu..nak kena gugel cari baru tau siapa dia..buat masa ni belum berkesempatan, just nak share tulisan dia je dulu.
Penulis buku ni membuat perbandingan antara Pertamina dan Petronas. Pertamina adalah sebuah syarikat seperti juga Petronas di Malaysia, dinaungi kerajaan. Pertamina hasil gabungan dua syarikat pada tahun 1968 (Pertamin dan Permina). Sehingga tahun 2001, tiada perkembangan yang memberangsangkan bagi Pertamina. Pada tahun 2001 penstrukturan semula dilakukan bertujuan menaikkan prestasi Pertamina.
Petronas pula wujud pada tahun 1973, terkemudian daripada Pertamina. Dikatakan Petronas belajar dari Pertamina bagaimana untuk mengurus sumber bumi ini. Selang lebih 30 tahun, kajian oleh PIW (Petroleum Intelligent Weekly) pada tahun 2006, Pertonas di kedudukan 18 dan 2007 di kedudukan 17 (sekarang kena goggle kedudukan berapa). Sedangkan Pertamina di kedudukan ke 30, untuk kedua2 tahun.
Antara sebab (hasil kajian):
1. Malaysia menggunakan hasil minyaknya untuk pendidikan dan mengembangkan kemampuan kerajaan. Sedangkan Indonesia menggunakannya untuk subsidi, membayar hutang dan korupsi.
2. Birokrat Indonesia dikatakan tidak boleh berkerja dalam kumpulan, bersikap ego.
3. Subsidi terlalu tinggi diberikan oleh pemerintah Indonesia terhadap minyak.
4. Budaya penswastaan di Malaysia lebih berjaya (GLC)
5. Pemimpin tardahulu Indonesia tidak suka dikritik. Korupsi terlalu menular dan mendorong kepada persaingan yang tidak sihat dan tidak efisien.
6. Pertonas hanya bertanggungjawab kepad PM, tetapi Pertamina (dahulu) ditadbir oleh 5 menteri, menyebabkan keputusan yang diambil tidak selaras dan 'berbelit-belit' (word dari blog tu).
Apa yang aku nak highlight kat sini..kita selalu nampak kelebihan orang berbanding kita..tapi sebenarnya apa yang kita ada tu adalah lebih berharga..dan pemimpin kita telah berjaya, untuk membangunkan negara. Wallahualam..